Saturday, July 2, 2011

Demonstrasi Jalanan: Lebih Banyak Keburukan Dari Kebaikan

Hye all!!

For the first time saya nak buat entry pasal topic lain.. Bukan poem cinta, bukan poem heart broken or even poem pasal life..

Now saya nak kongsi pendapat regarding 'BERSIH RALLY' a.k.a 'PERHIMPUNAN HARAM' yang akan berlangsung 9 Julai 2011 ni at jalan raya yang paling sibuk di KL iaitu Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR)...Tak tahu ke jalan tu?? ala.. tempat makcik-makcik and akak bershopping untuk beli tudung tu...

Semalam saya ada terbaca artikel di Berita Harian pasal hukum menyertai perhimpunan ni.. Lepas tu, saya share lah di wall Facebook saya.. Status saya tu berbunyi gini:

"Islam Tegah Demonstrasi : Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam telah menegaskan " perbuatan yang boleh membawa kepada merosakkan kebaikan sedia ada adalah satu dosa besar dalam Islam dan menyertai himpunan haram jelas tidak membawa kebaikan, melainkan menimbulkan masalah kepada pelbagai pihak"

In a few seconds, saya dapat 5 comments..Antara komen-komen yang terawal adalah:
  1. "dosa besar?peliknye.dh same berat dgn dose berzina camtu?"
  2. "bukan islam nih . Malaysia je yg 'tegah' .:)"
  3. "kalo xde sembur gas beracun tu xkn jadinye chaotic"
  4. "yeahhh go XXX!itu la maksud soalan org tu.join BERSIH kire terus dpt dose besar?dosa natijahnye neraka.maknanye join BERSIH masuk neraka?nauzubillah"
  5. "benda halal haram jgn dibawa main . pki baju tak tutup aurat boleh lah kata haram. pakai baju tutup aurat molek2 guano boleh haram ? pelik -.-..dosa besar ? mesir bangkit pun dgn cara ini. skrg bukan masa nk 'berlembut' dah.. Rakyat dah bijak. negara demokrasi. smpi bile rakyat nk jadi penakut ? :)"
Konkusinye.. Saya boleh katakan yang mereka ini semua adalah anti government [sorry guys! it is just the way I interpreted u from your comments.. No heart feeling k..peace]
Ni pulak antara komen-komen yang pro kerajaan:
  1. "perbuatan yg bole membawa kerosakkn kepada kebaikan apa hukumnya saudari sekalian?"
  2. "hik2. gaduh2. saya mencadangkan kita bubarkan majlis fatwa kerana kebanyakan rakyat sekarang,kebanyakan ye bukan sume kalau boleh nak langgar fatwa yang telah dikeluarkan. setuju XXXXX?" [XXXX = nama orang yang beri pendapat sebelum ni]
  3. "SEBAB PERKARA NI ADALAH MENYALAHI UNDANG DAN JUGA DISISI ISLAM"
  4. "kemgknn implikasi perhimpunan yg dibuat di antara jalan paling sesak kt kl :-
    - jalan jem yg luar biasa
    - roadblock sana sini.
    - x mustahil ada pihak x bertggjwb yg ambil kesempatan utk timbulkn kekecohan spt pecah masuk kedai
    - peniaga2 x dpt berniaga. effect sumber rezeki dorg
    - family yg x dpt beriadah di kl
    - shopping complex@mall yg berada diluar pusat bandar akan penuh dgn org yg xnk terlbat dgn bersih
    - kaum cina india yg anti melayu akan makin anti melayu sbb buat perhimpunan mcm ni
    - bg bad impression to the tourist
    - pelabur luar negara takut nk melabur kt negara kita sbb status kita sbg negara stabil tergugat.
    - kos nk bersihkn jalan2 disbbkn perhimpunan tu.. blom cmpur kos kalo ada fasiliti yg rosak dsbbkn perhimpunan tu
    - x mustahil agenda perhimpunan jgk adlh utk mengacau bilaukn negara. conspiracy is a mysterious thing.
    sbg org yg dpt pendidikn tggi2 mcm korg ni, korg rs sume ni mgkn akan berlaku ke tidak?"
  5. "XXX, ko nk nafikn sume tu xkn berlaku? aku x peduli la kalo nk berhimpun pn. yg aku nk pertikaikn skng, knp harus dibuat di TGH JALAN UTAMA? knp x buat kt dataran trus? sila jawab saudara. terima kasih. ini la sikap org melayu. suka ckp psl sikap org len seolah2 diri sentiasa berprasangka baik :)"
Yes, saya admit yang mereka mempunyai pendapat, pandangan, dan fahaman masing-masing. Mereka semua tak cakap kosong sebab bila saya digest balik apa yang mereka cakap, ada betul juga and they got their own points.. Tuntutan utama Bersih ni adalah untuk memperbaiki sistem mengundi di Negara tercinta kita ni.. Ada 8 tuntutan:
  1. Bersihkan senarai undi
  2. Mereformasikan undi pos
  3. Gunakan dakwat kekal
  4. Masa kempen minima 21 hari
  5. Akses media yang bebas dan adil
  6. Kukuhkan institusi awam
  7. Hentikan rasuah
  8. Hentikan politik kotor

For me, saya setuju dengan tuntutan Bersih ni.. Saya pun nak sangat sistem mengundi kat negara kita ni teratur, tersusun dan memuaskan hati semua rakyat. Tapi, yang saya sangat tak setuju, kenapa harus dibuat melalui perhimpunan haram? Kenapa harus merusuh? Kita duduk dalam negara demokrasi, kita ada undang-undang dan perlembagaan yang perlu diikuti. Article 10 of Federal Constitution guarantees every citizens with the right to freedom of speech and assembly..

However, this right is not absolute in nature. Article 10(2) and (4) of the Federal Constitution allows Parliament to impose limits, if necessary, in the interest of national security, public order or morality..

From this perhimpunan haram, dah terang dan nyata lagi bersuluh bahawa impak dari perhimpunan ni akan menyusahkan ramai pihak.. Demonstrasi jalanan ni akan mengganggu operasi perniagaan, menyebabkan pembangunan tergendala, beri kesan negatif pada ekonomi negara and also akan memberi kesan negatif pada pelaburan domestik dan asing di Negara ni.. For me, ekonomi hanya boleh berkembang pesat dalam keadaan persekitaran yang aman..

Instead of demonstrasi jalanan, why not kita duduk bincang dengan aman. Or kalau nak berhimpun juga, berhimpunlah ramai-ramai di satu kawasan tertutup, stadium for example..
Kita banyak lagi saluran lain untuk menuntut apa yang dituntut untuk memuaskan semua pihak.. Contohnya, kita boleh buat petition, usul, tak pun, kita suruh parliament gubal balik sistem negara ni.. It is make sense right? Susah? Memang pun susah.. Mana ada yang senang atas muka bumi ni.. Sebab, impak daripada demonstrasi ni lebih banyak negatif dari positif..

Benda ni sekarang saya tengok dah melibatkan semua lapisan umur. Budak-budak sekolah pun dah berani masuk campur sekarang. It is just not your world adik-adik ku sayang.. Eloklah adik-adik duduk rumah ataupun duduk library belajar pandai-pandai dulu, then bila dah cukup umur, cakaplah,buatlah apa yang adik-adik nak, time tu, baru adik-adik faham dan mengerti betapa serabut dan hiruk pikuknya dunia yang adik-adik baru nak ceburi ni..

Why am I saying this?? haaa.. semalam, ada seoarang adik kawan saya yang baru berumur 16 tahun [ tingkatan 4 ] dah masuk campur dengan isu ni.. Saya sedaya upaya tak bagi dia campur, tapi dia campur juga.. What can i do? Saya tetap dengan stand saya yang tak setuju dengan rally ni.. Tapi dia setuju, and saya terpaksa 'melawan' dia juga.. Kawan tetap kawan.. Pendapat tetap pendapat..

Saya tak akan putus kawan hanya kerana isu-isu yang serabut ni..
Saya still bercakap, berkawan macam biasa dengan kawan-kawan saya.. But for that kid, saya rasa dia dah pandang serong dan mungkin dia dah tak suka or benci saya dah.. She not supposed to take this thing seriously.. Saya hanya meluahkan pendapat saya, dan dia start memprovok.. Sama juga dengan kawan baru saya.. Dia pun tak habis-habis nak provok kami..

Saya pun sakit hati juga sebenarnya baca.. hehe.. Tu lah saya kata, ni hal orang-orang tua yang dah faham dengan dunia semasa.. Adik-adik sila jangan masuk campur sebab adik-adik hanya akan sakit hati dan mula membenci kami yang adik-adik tak sepatutnya benci.. Adik-adik belum cukup matang untuk faham benda-benda ni semua.. Adik-adik hanya nampak fizikal sahaja, adik-adik tak faham and tak mengerti apa disebalik semua ni..

Err.. ok ..Saya dah tersimpang jauh.. Tujuan entry ni ditulis adalah untuk menyatakan bahawa saya tak setuju sama sekali dengan demonstrasi jalanan/perhimpunan haram/bersih rally or what ever name they call it..

Dalam Quran pun ada cakap..[4:59]

"O you who believe! obey Allah and obey the Rasul, and those in command among you; then if you differ in anything then refer it back to Allah and the Rasul, - if you are believing in Allâh and the Future day. This is better and an excellent conclusion"

The verse lays down three fundamental guidelines to follow when policy related disagreement occurs, whether it is in the matter of faith or civil issue, whether it involves an individual or an authority and whether it is a local governing body or a formal state. Since all political power of an individual, a governing body or a state is essentially a trust (amanah) held on behalf of God, its implementation must be in accordance to what God has prescribed and in spirit of Islam. The phrase those who are in command (uli-l amar) refer to the ones who have been entrusted with the authority based on one's expertise in a given field. Most of the commentators think the phrase refers exclusively to the Muslims, primarily since the verse addresses the believers, who would ideally seek solution to any problem in sequential order starting with Allah, His messenger and those who are in command.

Kat video ni ada cakap hukum sertai perhimpunan haram:

Ni antara gambar-gambar implikasi dari perhimpunan haram.. Tak mustahil benda ni akan berlaku..








So guys, my lovely readers, kenapa harus kita setuju dengan perhimpunan haram yang hanya akan membawa lebih banyak keburukan dari kebaikan??? Kita ada Federal Constitution yang perlu dihormati and diikuti.. Banyak lagi saluran lain yang kita boleh buat daripada perhimpunan haram.. K readers.. Think wisely sayang-sayangku semua.. Muahhxxx..

Wslm..

6 comments:

Anonymous said...

Bagi saya niat tu xsalah, itu hak mereka untuk buat tuntutan. Tujuan mereka mempunyai banyak kebaikan kepada semua. Cuma cara mereka laksanakan tu je lebih banyak keburukan dari kebaikan. Point yang paling saya x setuju ialah apabila mereka turut menggalakkan student untuk join sekali demonstrasi ini. Student sepatutnya tidak terlibat dalam benda-benda macam ni. Ya, memang student patut ambil tahu juga pasal benda-benda ni tapi xsemestinya mereka patut turut serta. Seharusnya pihak penganjur haruslah berfikiran waras dalam hal ini, xperlulah nak menggalakkan pelajar turut serta dalam demonstrasi ini. Pelajar pun sama, jikalau diketahui pihak universiti, hukuman yang akan diterima pelajar ialah berkemungkinan besar akan dibuang daripada institusi pendidikan masing-masing. Rugi apa yang telah dipelajari sebelum ini. Lebih teruk jikalau pelajar tersebut disara oleh ibu bapa yang mengharapkan anak-anak mereka datang menuntut ilmu bukannya menyertai demonstrasi jalanan.

Kemudian kenapa perlu dilakukan di jalan yang sememangnya sibuk setiap masa? Tambahan pula jalan tersebut digunakan sebagai laluan utama untuk pengangkutan awam. Saya telah mendengar ramai yang mengadu mereka tidak dapat keluar menjalani aktiviti kerana risau akan keadaan di kawasan tersebut pada hari yang ditetapkan itu. Lagipun ramai yang terpaksa membatalkan program masing-masing pada hujung minggu tersebut kerana risau berlaku sebarang kejadian. Di luar negara, ramai yang telah bersalah anggap dengan demonstrasi ini.

Jadi terpulang la kepada mana-mana pihak nak membuat tanggapan tentang saya. Saya sekadar memberi pandangan berdasarkan apa yang saya lihat. Sebelum ini saya xpernah ambil kisah sangat pun dengan hal-hal sebegini cuma apabila saya melihat sedikit kesan daripada demonstrasi ini, terlintas di hati saya untuk bersuara. Cuba lihat balik, ramai yang dah bergaduh sesama sendiri disebabkan hal ini, daripada perkara yang baik berkemungkinan besar menjadi satu benda yang teruk. Apa yang saya harapkan ialah jikalau demonstrasi ini diteruskan juga, saya hanya mampu berharap agar ianya berjalan lancar tanpa sebarang masalah atau kejadian tetapi saya amat berharap pihak penganjur memikirkan semula tindakan mereka dan cuba melaksanakan dengan cara yang lebih sesuai dan teratur.

Nazyha said...

Dear anon:
yes..memang betul apa yang awak cakapkan tu.. student tak sepatutnya melibatkan diri dalam hal-hal begini.. sebab student tertakluk pada AUKU.. ni provisionnya:

Universities and University Colleges Act 1971

This Act allows students at universities to carry out their activities like inviting speakers for their seminars, participating in activities organised by NGO’s and participating as members in societies, subject to prior consent by the Vice-Chancellor.

Under this Act, academic staffs are banned from making any public statements that are considered political...

Macam saya pula, undang2 di uia juga dah terang2 mengharamkan kami dari sertai perhimpunan sebegini rupa.. uia pun dah nampak yang perhimpunan ni akan membawa lebih banyak keburukan dari kebaikan..

student tak patut sertai benda2 ni.. memang tak sepatutnya.. sebab student mempunyai banyak undang2 yang meng'ristrict'kan mereka dari menyertainya..

pihak yang berwajib sememangnya perlu consider balik tentang perlaksanaan perhimpunan ni..

terima kasih en anon kerana sudi memberi komen yang sungguh bernas:)

Anonymous said...

Setuju dengan komen Anon. Tuntutan yang mereka buat tu memang banyak kebaikannya. Tapi impak perhimpunan tu lagi besar dari tuntutan2 yang mereka buat tu. If 2007 dah buat tapi xjadi, why not ambil or fikir jalan penyelesaian yang lain, yang LAGI BIJAK, lagi teratur, LAGI BERSIH dari perhimpunan bersih ni. Kekalkan keharmonian negara kita, tak perlulah perhimpunan sebegini. Impak buruk tu bukan ditanggung oleh kerajaan je, pelajar, parents, ekonomi negara, semua pun akan terkena impak buruknya. Yang cukup musykil bila kawan2 sy yg update status di facebook, katanya mereka yang terlibat dengan perhimpunan ni adalah 'Mujahid' dan pejuang2 di jalan Allah. Mereka betul2 dah salah tafsir maksud 'jihad'. Sad story of muslims. Banyak lagi alternative lain slain demonstrasi ni. Mungkin mereka patut letak diri mereka di tempat pemimpin kita. Ingat senang ke nak memimpin negara? Kalau nak memimpin keluarga pun haru biru, sahkan nk memimpin negara? Saya cukup geram dgn negativity almost all malaysian. Contoh, bila government xbagi sesuatu, diorang complain, bila government bagi, kata ni semua sb nak kaut undi or saja nak tunjuk baik. Susah nak puaskan hati semua pihak dalam 1 masa yang sama. Since perhimpunan ni still akan berjalan macam biasa, sy doakan perhimpunan ni akan berjalan lancar dan xmengakibatkan kekacauan, inshaAllah :)


PS: Kampung saya di kelantan, n saya masih belajar di UIA juga, ayah sy sanggup datang ke kl 8-10hb semata2 nak pastikan saya n adik beradik sy yg lain tidak keluar rumah 9hb nanti.

Nazyha said...

Salam Anon:
Betul tu.. Mereka tak betul2 faham maksud mujahid, jihad yang they claim they are..
Kalau mereka faham, benda ni tak akan berlaku..
Terima Kasih kerana komen:)

KarlPower said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

kenapa berhimpun pun jd haram? kalau tak buat macam ni. nk buat macam mana? rakyat bersuara pun, kene tangkap. kalau bersuara dengan baik pun, ingat kerajaan ambil edah? kerajaan milik mereka, bukan milik rakyat. buat apa perlukan rakyat.

anjing-anjing kerajaan pukul orang sampai mati tu tak haram ke? buat rakyat macam america pukul palestin. baik sangat la anjing kerajaan tu, pertahankan negara atau pertahankan wang?

takut, takut kalah?
takut, takut tak ada kuasa?

buat apa bertanding?