Monday, July 9, 2012

Kesewelan Yg Sewel..

Di puncak bukit ku bina kubu
Beratapkan dedaun rimba
Melihat penjara kamarmu dari jauh
Bermulai air mata hancur luluh hatiku..

Di puncak bukit kukenang semula
Hari kita mesra melakar nama
Saat pertama bibirku melontarkan namamu
Terpukau matamu gila kau buatku..

Hanya namamu nyanyian angin menjadi udara
Hanya namamu bagai darah mengalir ke jantung
Kerana kamu aku hilang
Aku hilang akal terjadi gila, gila..

Mereka ketawa melihat aku membawa diri ke sini
Namun malam ini saja yang dapat di erti
Kini cuma burung-burung mendengar laguku
Semua impian dan harapan terkubur..

Bila ku kenang semula Berita diterima teriak namanya
Hari tanganmu dijanjikan padaku
Pastinya semakin gila kau buatku..

Hanya namamu nyanyian angin menjadi udara
Hanya namamu bagai darah mengalir ke jantung
Kerana kamu aku hilang
Aku hilang akal terjadi gila, gila..

Apalah dosaku yang dimakan waktu
Di halangi dari mendampingimu
Hingga masa engkau hulurkan nyawa
Menyebut namaku dinafas terakhir..

Hanya namamu nyanyian angin mnjadi udara
Hanya namamu bagai darah mengalir ke jantung
Kerana kamu aku hilang, aku hilang akal
Sayangku Laila Laila Laila Laila..

Kerana kamu aku hilang
Aku hilang akal terjadi gila, gila
Biar terdampar ku tidur disebelahmu untuk sementara
Menanti bungaku bangun dari pusara..


No comments: