.:Assalamualaikum:.
Korang pernah tak dengar atau makan kuih raya yang diberi nama sarang semut?? Bagik yang duduk atau berasal dari kampung, anda semestinya tahu apa yang saya maksudkan ni.. Bagi yang duduk di bandar atau yang baru nak berjinak-jinak dengan arena kuih raya ni mungkin tak tahu..
Dulu masa kecil saya tertanya-tanya macam mana nak buat kuih ni.. Macam mana sarang semut boleh jadi kuih? Adakah dibuat dari sarang semut tu? Kalau betol, kenapa tak ada semut? Kenapa ada chocolate rice atas sarang semut? Macam-macam saya fikir.. Bila saya dah semakin membesar, barulah saya faham macam mana proses kuih sarang semut tu.. hehe.. :p
Disebabkan saya terlalu gilakan kuih ni, mama saya setiap tahun kena beli kuih ni untuk saya. Last-last mak saya cuba juga untuk cari resepi kuih ni yang sedap dan enak. Mama google lah resepi kuih ni, bila dah buat dan dah bakar, hasilnya sangat mengecewakan. Kuih tak jadi. Resepi tu salah. Lepas tu kakak saya cuba minta resepi dari kawannya, kata kawannya, ibu kawannya itu jual kuih sarang semut tu di Johor Bahru. Katanya sedap sangat. Mama, along dan uda cubalah buat kuih tu. Finally!!!!! Kuih sarang semut kegemaran saya menjadi..
Ramai yang datang rumah saya dan rasa kuih tu dan cakap kuih sarang semut tu sedap. So, tahun ni, along dan uda buat business kuih raya. Yeay! Nama company mereka adalah GADIS DELIGHTS..
Proses kuih ni tak ada lah rumit sangat.. Mula-mula selepas tepung diadun, tepung dibukukan dan direhatkan macam ni.
Lepas dah rehat, tepung disagat untuk dapatkan texture sarang semut tu.
lepas tu get ready lah cup-cup untuk letak adunan tu.
Bila dah siap semua, bakar lah.. Then siap untuk makan :)
Hehe.. Sekarang dah siap untuk dimasukkan dalam balang..
So far, Gadis Delights dah dapat 80 botol tempahan kuih sarang semut ni.. Sebotol RM20 ada 50biji.. Murah jek.. Jom lah order ramai-ramai.. Saya gerenti korang tak akan menyesal kalau beli.. Oh ya, kek prune kukus pun ada juga. Kek prune kukus saiz diameter 10inch RM60..
5 comments:
pehhh sarang semut..feveret saya tuhh..heheh
dayah: mehla beli.. hehe.. sedap.. xtpu :)
perrgghh..sedap tol..pos trg cikit ah..kuikuikui..
btw, sampai 4 kali pesan kat aku jagan jadikan suami mental..lawak seeyh..huhu
hanim..line tenet ak bongok sket :p
Comelnya kuih! :D
Post a Comment