Sunday, March 24, 2013

Tanda-Tanda Lelaki Merajuk..


Hye!!
Lah ingatkan perempuan saja merajuk lelaki pun ada juga…..apa-apa pun jom terjah…Rajuk sering kali dikaitkan dengan wanita. Pantang ditegur sedikit, rajuknya berpanjangan. Ironinya sama seperti wanita, lelaki juga memiliki hati dan perasan. Mereka juga sering kali merajuk dan mahukan perhatian. Berikut adalah tanda-tanda lelaki sedang merajuk.



* Dia membisu
Kalau sebelum ini mulutnya ramah bercerita tetapi apabila merajuk, lelaki biasanya akan diam seribu bahasa. Kalau anda bercakap dengannya dia tidak mengia atau menidakkan sebaliknya buat tak tahu sahaja. Kalau berhadapan dengan situasi ini, pandai-pandailah anda memujuknya agak keadaan tidak menjadi lebih kusut.



*Buat Tak Tahu
Kalau sebelum ini pasangan anda rajin membantu tetapi kali ini, dia akan buat tak tahu saja meski pun anda sudah memanggilnya banyak kali. Malah kalau anda meminta pertolongan darinya, dia akan buat acuh tak acuh sahaja. Seolah-olah anda bercakap seorang diri.



* Muka Masam
Jika buat tak tahu, anda mungkin boleh bersabar lagi tetapi jika pasangan sudah mula menarik muka, anda tentu rasa tertekan. Tetapi bagi lelaki merajuk, muka masam sinonim dengan mereka. Itu tandanya dia sedang protes dan tidak menyenangi sikap anda yang mungkin telah menegurnya.



* Enggan Makan Bersama
Lebih teruk lagi jika lelaki enggan makan bersama meskipun anda sudah mengajaknya berkali-kali. Ia sebagai tanda protes tidak berpuas hati dan dia lebih senang berlapar dari memakan makanan yang anda masakkan untuknya.



* Marah-marah
Lelaki mempunyai egonya yang tersendiri. Lelaki sering kali beranggapan mereka betul meski pun pada pandangan anda, ianya tidak betul. Namun demi menegakkan kebenaran, dia tetap mahu marah-marah.



* Tidak Menelefon
Kita selalunya sangat risau jika tidak memberitahu pasangan di mana kita berada. Lelaki merajuk biasanya tidak akan menelefon memberitahu dia mana dia berada. Tujuannya, dia mahu anda risau dan tercari-carinya.



* Terus Keluar Rumah
Satu lagi cara lelaki merajuk ialah dia akan keluar rumah tanpa memberitahu ke mana arah tujuannya. Sebagai pasangan, anda tentu buntu memikirkannya. Lebih teruk jika dia menutup telefonnya dan anda tertunggu-tunggu ke mana dia pergi.

 So guys, wanita-wanita di luar tu, jangan ingat rajuk korang-korang saja tahu.. Tolong memahami dan pujuk  'lelaki' korang tu.. Wokeyh?? *wink

Saturday, March 9, 2013

Mari Mengenali Wanita :)


Hye u olls!! U olls tentu nak tahu apa yang perempuan-perempuan fikir kan? Jom kita baca.. Tak ada di library atau di mana-mana tempat lain pun tau..

1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2.Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3.Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

4.Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.

5.Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6.Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.

8.Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.

9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10.Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.

11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.

13.Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.

14.Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.

15.Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.

16.Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17.Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.

19.Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.

20.Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21.Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!

22.Satu ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.

23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.

25.Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.

26.Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.

27.Senjata wanita adalah airmata!!

28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.

30.Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.