Sunday, July 10, 2011

.:Melayu Kita:.


Hang Tuah itu idola ramai,

Kepahlawanannya pujaan ramai,

Kasihan pada Hang Jebat,

Orangnya baik dipanggil pengkhianat.


Berubahlah wahai orang Melayu,

Jangan memuja mengikut nafsu,

Jangan jadi seorang pak turut,

Hilang pendirian seperti badut.


Yang salah dibenarkan,

Yang betul pula dijahilkan,

Inilah melayu kita,

Melayu mudah lupa.



Saturday, July 9, 2011

Satu Melayu: Layanan Istimewa Polis Kepada Penyokong Bersih 2.0...


"Baiknya polis di Malaysia ni, bayangkan kalau perkara sebegini berlaku di China, tak tahulah berapa ramai yang dah mati kena tembak.. Itupun masih katakan kerajaan kita tak baik dan negara ini tak bagus.. Inilah golongan manusia yang lupa diri dan tidak tahu bersyukur kehadrat Allah SWT..."

Thank You to Blog Satu Melayu sebab sudi berkongsi maklumat.. Aman Malaysia!

Friday, July 8, 2011

...Wanita Kesayangan Saya...


Wahai wanita solehah,
Jangan risau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu,
Tidak akan terpaut pada wanita hanya pada
Kecantikan atau lirikan senyuman,
Pada bicara manja atau pujuk rayu yang menggoda..
Moga kita tidak kecundang dengan ujian yang diberikan Allah
Dan yang penting kita sudah berusaha yang
Terbaik dengan kudrat dan iradat yang diberikan Allah..

Ini antara wanita-wanita yang saya sayang dalam hidup saya.. Love u guys sangat-sangat..


Mamaku sayang.. Nooraini :)

Along saya.. Nama Noraliah :)

Akak! name dia Wahidah.. Dia akak ipar saya :)

Ni akak saya yang ke dua.. Nama Nornajmiah :)

Ni gf saya.. Ateen :)

Ni bff, Qim :)

Bff juga, Siti :)

Bff juga, Aqma :)

Bff, Tick :)

Bff, Umai :)

Bff, Aisyah :)

Bff, Syakira :)


Bff, A'eida [betul kan aku eja nama mu ni?] :)

Bff, Nabihah :)


p/s: yang bff ni tak ikot susunan ok.. main pakai letak jek ni.. yang penting.. sayang korang ketat2.. Tq sebab buat hidup saya lebih bermakna and selalu ada dengan saya dalam apa keadaan sekali pun :)

The Necessary Slap in the Face: An Open Letter to the Leadership of Barisan Nasion...


Love this letter:

The Necessary Slap in the Face: An Open Letter to the Leadership of Barisan Nasion...: "Dear Barisan Leadership..."
Thank you to 'A Concerned Pro-Barisan Individual'..

Thursday, July 7, 2011

Program Bina Negara Bangsa [PEMBINA]

Hye guys..

Nak update sikit.. Entry kali ni pasal PROGRAM BINA NEGARA BANGSA a.k.a PEMBINA.. Apa yang u ols faham bila baca nama program tersebut? mesti ada kaitan dengan politik kan? Mesti ni satu lagi agenda government untuk meraih undi, ya lah, PRU kan dah dekat.. Before join pun memang saya rasa macam tu juga, tapi sebenarnya bukan. Tanggapan awal saya sememangnya salah. Sebab program ni sebenarnya membuka minda kita untuk lebih faham and mengerti apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan negara bangsa.


Actually, negara bangsa ialah satu konsep atau bentuk kenegaraan yang memperoleh pengesahan politiknya dengan menjadi sebuah entiti berdaulat bagi satu-satu bangsa sebagai sebuah unit atau wilayah yang berdaulat. Negara atau negeri adelah entiti politik dan geopolitik, manakala bangsa pula ialah entiti budaya atau etnik. Istilah negara bangsa menandakan bahawa kedua-duanya, negara dan bangsa sebagai sama, dan ini membezakannya dengan bentuk kenegaraan yang lain, yang telah wujud sebelumnya. Jika berjaya dilaksanakan, ia menandakan bahawa rakyat berkongsi satu bahasa, budaya dan nilai yang bukan merupakan ciri-ciri negara yang telah wujud sebelumnya. Sebuah dunia dengan negara-negara bangsa juga akan melaksanakan tuntutan terhadap penentuan nasib sendiri dan autonomi bagi setiap bangsa, yang menjadi fokus utama fahaman nasionalisme.

Program ni berjalan selama 3 hari dua malam.. Bertempat di UIA yang tercinta.. First day sampai kami semua malu2 lagi.. He2.. Group saya nama Hati Malaya, kami dapat lagu Tanggal 31.. So, kami kena buat sketsa pasal lagu ni.. Syazwan, Faris, Faisal jadik tugu negara.. Suhaimie jadik tukang karot.. Mustafa, saya, Farah and Syera jadik happy family..

Mus bagik explanation memang terbaik lah:)


Ni group pewaris.

Malam pulak kami disajikan dengan cerita Avatar, err, bukit Kepong la.. Hehe.. Ni lah antara oran-orang yang dah berjaya memperdayakan kami..


Kaum adam sedang menikmati movie..:)

Banyak sangat yang menarik dalam program tu.. Antara slot-slot yang menarik dalam program tu adelah mase talk dari special branch and aktiviti riadah buat explorace...

Group Hati Malaya!

Senam aerobic pagi-pagi :)

After explore race.. sambil menunggu group yang sesat :p

Ni kawan2 baru saye. Ferd, Arif, Faris

Faisal, Lokman, Awe.. Lagi sorang tu ape ek nama?? hehe.. Lupe :p.. sorry!

Peserta2 PEMBINA.. Sayang korang!!

Amir, ???, Faris.. sorry sekali lagi.. lupe name.. hehe

kenal farah jek dalam gambar ni :p


Peserta terbaik lelaki and wanita.. Kami dari group Hati Malaya!! :)

Khalid dgn errr... Beruang Sungai??

Teck, Ferd and Faris.. korang best bro! :))

Me with our satria!

Seronok sangat join aktiviti2 macam ni sebab saya boleh kenal ramai kawan.. And yang paling penting, saya baru tersedar dari tido yang panjang yang saya sekarang begitu selesa dengan cara hidup saya. Saya tak sedar yang musuh boleh datang menyerang anytime. Dan juga, sekarang baru saya tahu mana betul, mana salah dan mana patut dibuat and yang tak patut dibuat. Kesedaran rakyat Malaysia dan saya juga masih lemah pasal nationalism spirit ni..

Antara kawan2 baru saya: faris, arif, ferd, amir, syakiri, farah, syera, baizura, wanie, suhaimie, mus, syazwan, faris ums, ain, akma , dibah, khalil, iszudin, lokman, faisal.. [name yang tak disebut tu sorry yek..kurang memori lagi la..hehe..] if nak tengok gambar2 lagi add la saya kat Facebook. :)

So guys, jom join program ni.. 11 until 13 July 2011 ni ada dibuat lagi di UIA.. Sapa2 yang berminat boleh la tanya saya ok.. tq for reading.. :)

Sunday, July 3, 2011

.:Strayed in My Own Realm:.

Bewildered..
Stuck..
Bumptious..
Cocky..
Smug..
All innate in my kingdom..
How in this world should I overcome it?
Patient?
Calm?
Tolerant?
Serene?
Stoical?
Is it enough?
I'm helpless..
No one could lend me their hand to settle this dispute
or
Is it me the one and only who can detach it?
well
ask yourself..
You are the one who decide your life..


Saturday, July 2, 2011

Demonstrasi Jalanan: Lebih Banyak Keburukan Dari Kebaikan

Hye all!!

For the first time saya nak buat entry pasal topic lain.. Bukan poem cinta, bukan poem heart broken or even poem pasal life..

Now saya nak kongsi pendapat regarding 'BERSIH RALLY' a.k.a 'PERHIMPUNAN HARAM' yang akan berlangsung 9 Julai 2011 ni at jalan raya yang paling sibuk di KL iaitu Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR)...Tak tahu ke jalan tu?? ala.. tempat makcik-makcik and akak bershopping untuk beli tudung tu...

Semalam saya ada terbaca artikel di Berita Harian pasal hukum menyertai perhimpunan ni.. Lepas tu, saya share lah di wall Facebook saya.. Status saya tu berbunyi gini:

"Islam Tegah Demonstrasi : Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam telah menegaskan " perbuatan yang boleh membawa kepada merosakkan kebaikan sedia ada adalah satu dosa besar dalam Islam dan menyertai himpunan haram jelas tidak membawa kebaikan, melainkan menimbulkan masalah kepada pelbagai pihak"

In a few seconds, saya dapat 5 comments..Antara komen-komen yang terawal adalah:
  1. "dosa besar?peliknye.dh same berat dgn dose berzina camtu?"
  2. "bukan islam nih . Malaysia je yg 'tegah' .:)"
  3. "kalo xde sembur gas beracun tu xkn jadinye chaotic"
  4. "yeahhh go XXX!itu la maksud soalan org tu.join BERSIH kire terus dpt dose besar?dosa natijahnye neraka.maknanye join BERSIH masuk neraka?nauzubillah"
  5. "benda halal haram jgn dibawa main . pki baju tak tutup aurat boleh lah kata haram. pakai baju tutup aurat molek2 guano boleh haram ? pelik -.-..dosa besar ? mesir bangkit pun dgn cara ini. skrg bukan masa nk 'berlembut' dah.. Rakyat dah bijak. negara demokrasi. smpi bile rakyat nk jadi penakut ? :)"
Konkusinye.. Saya boleh katakan yang mereka ini semua adalah anti government [sorry guys! it is just the way I interpreted u from your comments.. No heart feeling k..peace]
Ni pulak antara komen-komen yang pro kerajaan:
  1. "perbuatan yg bole membawa kerosakkn kepada kebaikan apa hukumnya saudari sekalian?"
  2. "hik2. gaduh2. saya mencadangkan kita bubarkan majlis fatwa kerana kebanyakan rakyat sekarang,kebanyakan ye bukan sume kalau boleh nak langgar fatwa yang telah dikeluarkan. setuju XXXXX?" [XXXX = nama orang yang beri pendapat sebelum ni]
  3. "SEBAB PERKARA NI ADALAH MENYALAHI UNDANG DAN JUGA DISISI ISLAM"
  4. "kemgknn implikasi perhimpunan yg dibuat di antara jalan paling sesak kt kl :-
    - jalan jem yg luar biasa
    - roadblock sana sini.
    - x mustahil ada pihak x bertggjwb yg ambil kesempatan utk timbulkn kekecohan spt pecah masuk kedai
    - peniaga2 x dpt berniaga. effect sumber rezeki dorg
    - family yg x dpt beriadah di kl
    - shopping complex@mall yg berada diluar pusat bandar akan penuh dgn org yg xnk terlbat dgn bersih
    - kaum cina india yg anti melayu akan makin anti melayu sbb buat perhimpunan mcm ni
    - bg bad impression to the tourist
    - pelabur luar negara takut nk melabur kt negara kita sbb status kita sbg negara stabil tergugat.
    - kos nk bersihkn jalan2 disbbkn perhimpunan tu.. blom cmpur kos kalo ada fasiliti yg rosak dsbbkn perhimpunan tu
    - x mustahil agenda perhimpunan jgk adlh utk mengacau bilaukn negara. conspiracy is a mysterious thing.
    sbg org yg dpt pendidikn tggi2 mcm korg ni, korg rs sume ni mgkn akan berlaku ke tidak?"
  5. "XXX, ko nk nafikn sume tu xkn berlaku? aku x peduli la kalo nk berhimpun pn. yg aku nk pertikaikn skng, knp harus dibuat di TGH JALAN UTAMA? knp x buat kt dataran trus? sila jawab saudara. terima kasih. ini la sikap org melayu. suka ckp psl sikap org len seolah2 diri sentiasa berprasangka baik :)"
Yes, saya admit yang mereka mempunyai pendapat, pandangan, dan fahaman masing-masing. Mereka semua tak cakap kosong sebab bila saya digest balik apa yang mereka cakap, ada betul juga and they got their own points.. Tuntutan utama Bersih ni adalah untuk memperbaiki sistem mengundi di Negara tercinta kita ni.. Ada 8 tuntutan:
  1. Bersihkan senarai undi
  2. Mereformasikan undi pos
  3. Gunakan dakwat kekal
  4. Masa kempen minima 21 hari
  5. Akses media yang bebas dan adil
  6. Kukuhkan institusi awam
  7. Hentikan rasuah
  8. Hentikan politik kotor

For me, saya setuju dengan tuntutan Bersih ni.. Saya pun nak sangat sistem mengundi kat negara kita ni teratur, tersusun dan memuaskan hati semua rakyat. Tapi, yang saya sangat tak setuju, kenapa harus dibuat melalui perhimpunan haram? Kenapa harus merusuh? Kita duduk dalam negara demokrasi, kita ada undang-undang dan perlembagaan yang perlu diikuti. Article 10 of Federal Constitution guarantees every citizens with the right to freedom of speech and assembly..

However, this right is not absolute in nature. Article 10(2) and (4) of the Federal Constitution allows Parliament to impose limits, if necessary, in the interest of national security, public order or morality..

From this perhimpunan haram, dah terang dan nyata lagi bersuluh bahawa impak dari perhimpunan ni akan menyusahkan ramai pihak.. Demonstrasi jalanan ni akan mengganggu operasi perniagaan, menyebabkan pembangunan tergendala, beri kesan negatif pada ekonomi negara and also akan memberi kesan negatif pada pelaburan domestik dan asing di Negara ni.. For me, ekonomi hanya boleh berkembang pesat dalam keadaan persekitaran yang aman..

Instead of demonstrasi jalanan, why not kita duduk bincang dengan aman. Or kalau nak berhimpun juga, berhimpunlah ramai-ramai di satu kawasan tertutup, stadium for example..
Kita banyak lagi saluran lain untuk menuntut apa yang dituntut untuk memuaskan semua pihak.. Contohnya, kita boleh buat petition, usul, tak pun, kita suruh parliament gubal balik sistem negara ni.. It is make sense right? Susah? Memang pun susah.. Mana ada yang senang atas muka bumi ni.. Sebab, impak daripada demonstrasi ni lebih banyak negatif dari positif..

Benda ni sekarang saya tengok dah melibatkan semua lapisan umur. Budak-budak sekolah pun dah berani masuk campur sekarang. It is just not your world adik-adik ku sayang.. Eloklah adik-adik duduk rumah ataupun duduk library belajar pandai-pandai dulu, then bila dah cukup umur, cakaplah,buatlah apa yang adik-adik nak, time tu, baru adik-adik faham dan mengerti betapa serabut dan hiruk pikuknya dunia yang adik-adik baru nak ceburi ni..

Why am I saying this?? haaa.. semalam, ada seoarang adik kawan saya yang baru berumur 16 tahun [ tingkatan 4 ] dah masuk campur dengan isu ni.. Saya sedaya upaya tak bagi dia campur, tapi dia campur juga.. What can i do? Saya tetap dengan stand saya yang tak setuju dengan rally ni.. Tapi dia setuju, and saya terpaksa 'melawan' dia juga.. Kawan tetap kawan.. Pendapat tetap pendapat..

Saya tak akan putus kawan hanya kerana isu-isu yang serabut ni..
Saya still bercakap, berkawan macam biasa dengan kawan-kawan saya.. But for that kid, saya rasa dia dah pandang serong dan mungkin dia dah tak suka or benci saya dah.. She not supposed to take this thing seriously.. Saya hanya meluahkan pendapat saya, dan dia start memprovok.. Sama juga dengan kawan baru saya.. Dia pun tak habis-habis nak provok kami..

Saya pun sakit hati juga sebenarnya baca.. hehe.. Tu lah saya kata, ni hal orang-orang tua yang dah faham dengan dunia semasa.. Adik-adik sila jangan masuk campur sebab adik-adik hanya akan sakit hati dan mula membenci kami yang adik-adik tak sepatutnya benci.. Adik-adik belum cukup matang untuk faham benda-benda ni semua.. Adik-adik hanya nampak fizikal sahaja, adik-adik tak faham and tak mengerti apa disebalik semua ni..

Err.. ok ..Saya dah tersimpang jauh.. Tujuan entry ni ditulis adalah untuk menyatakan bahawa saya tak setuju sama sekali dengan demonstrasi jalanan/perhimpunan haram/bersih rally or what ever name they call it..

Dalam Quran pun ada cakap..[4:59]

"O you who believe! obey Allah and obey the Rasul, and those in command among you; then if you differ in anything then refer it back to Allah and the Rasul, - if you are believing in Allâh and the Future day. This is better and an excellent conclusion"

The verse lays down three fundamental guidelines to follow when policy related disagreement occurs, whether it is in the matter of faith or civil issue, whether it involves an individual or an authority and whether it is a local governing body or a formal state. Since all political power of an individual, a governing body or a state is essentially a trust (amanah) held on behalf of God, its implementation must be in accordance to what God has prescribed and in spirit of Islam. The phrase those who are in command (uli-l amar) refer to the ones who have been entrusted with the authority based on one's expertise in a given field. Most of the commentators think the phrase refers exclusively to the Muslims, primarily since the verse addresses the believers, who would ideally seek solution to any problem in sequential order starting with Allah, His messenger and those who are in command.

Kat video ni ada cakap hukum sertai perhimpunan haram:

video
Ni antara gambar-gambar implikasi dari perhimpunan haram.. Tak mustahil benda ni akan berlaku..








So guys, my lovely readers, kenapa harus kita setuju dengan perhimpunan haram yang hanya akan membawa lebih banyak keburukan dari kebaikan??? Kita ada Federal Constitution yang perlu dihormati and diikuti.. Banyak lagi saluran lain yang kita boleh buat daripada perhimpunan haram.. K readers.. Think wisely sayang-sayangku semua.. Muahhxxx..

Wslm..