Monday, November 7, 2011

~nilai persahabatan di hujung jari~

Bila ditanya bb pin,
Saya tunduk malu,
Bila ditanya tentang wifi,
Saya diam buat tak tahu,
Bila diminta check in,
Saya diam membisu..

Bak kata seorang sahabat nilai persahabatan terletak dihujung jari bukan lagi menggunakan tuturkata dan budi bahasa......
Saya masih percaya pada cara persahabatan kuno, tanpa teknologi, tanpa subsidi, tanpa kroni, tanpa iluminati, sahabat saya tetap dihati, bukan bilangan tweet yang jadi ukuran, tetapi nilai diri antara sahabat yang jadi pegangan......
ikhlas dari rakanmu yang pakai phone tanpa bb pin apatah lagi whatsapp serta online facebook pakai pc kuno..



credit to Muhammad Afiq Farhan a.k.a adik fatin for this ayat yang sangat menusuk kalbu:)

Saturday, September 24, 2011

Oh My!!

Morning guys!!
OMG!! I'm so kampung ok! Tersangat lah kampung. Why on earth saya baru tahu yang saya boleh blogging from my cutety sweety BB?? Why don't someone tell me ealier about this facilities??
OK fine.. Nampak sangat yang saya ni buta IT.. Ok tak apa, biarlah lambat asalkan selamat..
Haha.. Saya mengarut dah..
Ok.. Tu saja actually yang saya nak update..
This is my first entry dari BB.. Haha. Sangat jakun lah saya.
Hehehe.. Tq baca..
Muahhxxx..


Love my BB so much :)

Jamuan Hari Raya Mahasiswa Bersatu

~~Woot Woot~~

Lamanya saya tak update blog.. Ok, this time saya nak update regarding jamuan raya Mahasiswa Bersatu IIUM..

20 September haritu, hari selasa, MB ada buat jamuan raya.. Saya pun tak reti macam mana nak bagi rating untuk jamuan tu.. Why? Cause saya lah Programme Manager nya.. Wah wah.. Sekarang dah pandai pegang jawatan lebih-lebih ya Naziha? Hehe.. Bukan saya yang calonkan diri saya ok.. Ni kepercayaan yang diberikan oleh orang atasan MB untuk saya mengendalikan Jamuan Raya MB yang first.. Ni program pertama MB yang stand on its own tanpa bantuan mana-mana agensi atau badan berkanun. Hehehe..

So saya nak cerita lah serba sedikit mengenai jamuan haritu.. Firstly, after para tetamu sampai, mereka diberi bunga api untuk dimain sementara menunggu semua tetamu datang..

Mansam, Ipen and Me :)

Seronok diorang main bunga api kan :)

After V.I.P dah datang, event pun bermula.. Doa dibaca oleh Mr. Ammar.. After tu, start makan-makan..

Ni group Suhail.. Eh2.. Anak rector ada sekali lah :)

Comelnya akak-akak ni :)

Tentera saya yang sangat setia menjaga makanan :)

Lepas makan, its games time!!! Time ni sangat seronok.. Ada tiga game yang dipertandingkan namely, Passion Show, Teka Lagu and Dance Chair..

Final, Mansam dengan ??.. errr ..

President Law Soc pun ade join main lah :)

Pastu apa ek?? Haa, ada 17 lucky draw.. Actually hadiah semua orang sama jek.. Tak ada budget maa.. Hehe.. Lepas tu ada tayangan video aktiviti-aktiviti MB yang lepas.. Lepas tu acara kemuncak, ada MB session.. Ada upacara angkat sumpah head-head MB..

head-head group angkat sumpah..

head-head kena tanda tangan after angkat sumpah..

Lepas tu upacara penyampaian hadiah dan sijil-sijil Hari Belia Negara..

Bahagianya Munir dapat hadiah :)

Waah2.. Shah menang la.. Muslim sejati la ni yek ??

Aniza menang as Muslimah sejati :)

After dah habis program ada post party untuk tentera-tentera saya..

Bunga api time!!

Sparkling Juice ok ni..

Ni tentera-tentera kehormat saya..

Saya sangat bahagia sebab dapat tentera-tentera yang rajin and dengar cakap macam diorang ni.. :)

Tu saja lah pasal entry ni.. Tak ada apa sangat pun.. Just nak share gambar-gambar.. Bagi saya jamuan ni sangat enjoy dan happy.. So kalau saya diberi peluang lagi untuk handle any program, memang korang semua lah yang saya akan pilih.. Sayang korang semua sangat-sangat.. Thanks a lot sebab dah banyak tolong saya dalam menjayakan program ni..:)

Pink couple.. haha.. Ipen kau abang aku kan.. so kenalah melayan adik yang cute ni.haha :)

Keri, Suhail, Akmal, Zakwan, Izzat, Munir, Azlan, Shahir, Ipen, Bieyl, Me, Afiq, KJ

Farid menyanyi lagu nazam lebaran.. Korang mampu??

Syafiq sangat tekun menjaga meja registration :)

Ni video semua gambar-gambar masa jamuan tu..

TQ guys sebab luangkan masa membaca entry ni.. :)

Friday, September 9, 2011

~UIA Dihatiku~

.:ASSALAMUALAIKUM:.

Yeay yeay.. Isnin ni sem baru dah bermula.. Saya sangat excited and tak sabar nak pergi UIA..

Tak sabar sangat nak jumpa kawan-kawan, makan-makan kat cafe,naik motor pergi class.

Saya dah sangat boring cuti 5 bulan nih. Macam-macam aktiviti dah saya buat untuk mengisi masa terluang saya tuh..

Naik sem ni pun dah macam-macam aktiviti yang menanti saya.. 16 September ni ada perbarisan hari Malaysia sempena Hari Merdeka yang ke 54 haritu.. After that 19 hari bulan pulak, ada gathering raya untuk Mahasiswa Bersatu, and I'm the Programme Manager of that event.. OMG! saya tak pernah jadi PM pun selama ni.. Apa yang saya kena buat ek? Saya pun dilantik menjadi Programme Coordinator juga.. What I'm gonna do? Matilaaa...

Pastu, end of January pula saya ada program ke Tasik Kenyir.. Menarik.. Again, I'm the PM.. Haha.. Saya jadi PM main-main and enjoy enjoy aje lah yek.. So komiti ku sekalian! Kita bekerja sambil enjoy ok.. Tak payah serious sangat, sebab saya tak reti buat kerja serious sangat.. Enjoy sudey..

Pastu, sepanjang sem pula, saya akan bersuka ria dengan geng 'SEPA' saya.. Saya sangat enjoy. Yeay!! UIA dihatiku.. Muahhxx Muhhxxx..

So guys, lets party!! :)


Friday, September 2, 2011

Blog Ku Cantik


Hye..

Selamat Hari Raya semua.. Selamat Hari merdeka yang ke-54..

Entry kali ni pasal blog saya cantik..

cantik ke blog saya?

Ya.. walaupun blog saya tak mempunyai followers yang ramai, saya tetap bangga sebab still ada yang sudi membaca coretan saya ni..

Walaupun design blog saya simple tapi pelik, saya tetap bangga sebab design blog ni saya buat sendiri 100% tanpa bantuan atau copy dari mana2 pun..

Walaupun entry blog saya selalu mengenai diri saya jek, saya tetap bangga sebab saya tak copy dari sumber-sumber lain..

Walaupun ada famous blogger tak suka saya, saya tetap bangga sebab saya tak pernah benci awak.. Do as u like kayh..

Yes!! Blog saya memang cantik tanpa perasaan hasad dan dengki..

Kalau korang pun nak join sekaki.. Mehla.. ni details:

DiAnjurkan Oleh.
Kami Blogger Melaka
https://www.facebook.com/group.php?gid=139852729442585
WakiStudio
https://www.facebook.com/wakistudio

Hadiah-Hadiah.
1.RM50

Syarat-Syarat Penyertaan
1.Blogger Itu Seorang Blogger Yang Junior
2.Blog Yang Hanya 20 Visitor Ke Atas Untuk Sebulan
3.Blogger Mesti Like WakiStudio
4.Blog itu perlu mempunyai design yang tersendiri ataupun theme yang telah diubah

Cara-Cara Menyertai
1.Hantarkan Nama,ID Facebook,dan Alamat Blog Ke contest@bloggermelaka.com
2.Perlu membuat satu artikel tentang Contest Ini
Tajuk: Blog Ku Cantik

Blog ku Cantik :)

Thursday, August 25, 2011

Shoes Obsession

Hye Hye Hye

Entry kali ni nak cerita pasal obses dengan kasut. Saya rasa bukan saya seoarang saja yang obses dengan kasut. Obses kasut ni bukan saja untuk perempuan, tapi lelaki pun sama.. Betul tak?

Saya memang suka beli kasut, bukan apa, sebab kasut tu comel, cantik. Saya tak pandang harga, janji kasut tu cantik dan selesa pakai even murah pun saya tetap akan beli. Tapi saya jarang pakai kasut, selalu ke mana hala pun saya tetap akan pakai crocs pink kegemaran saya tu. Hehe..

So, saya nak share lah gambar-gambar kasut yang saya ada.


Ni sports shoe saye.. brand nike. pakai sangat jarang. sebab sayang. nak bersukan saya akan pakai sport shoe yang dah tak lawo. hehe.. kasut duk saje kat uia.. tak bawak balik sebab takot akak pinjam. haha..

Kasut favorite.. Converse.. pakai dari tahun 2004.. lunyai dah kasut ni..

Pakai sekali jek.. tak ade brand pun. pastu tinggal jek kat uia.. duk berhabuk bawah katil tuh. hehe

kasut ni selalu jugak pakai. brand playez. sebab senang and sempoi jek.

kasut ni pakai pegi class time ada presentation jek :)

ni first wedges saya, sampai sekarang ada lagi. elok lagi sebab jarang pakai. beli tahun 2008 :p

ni beli kat uptown danau kota jek.. pakai pegi class kadang2..

ni brand murah jek.. vamp.. pakai pun time ada occasion jek.. hehe

kasut ni tak pernah pakai langsung. Mak ngah belikan kat UK :p

sayang giler kasut ni. Angah belikan pure leather ni, pakai time nak pegi court jek. Dari matric nih..

tak pernah pakai jugak yang ni.. brand mod.. murah jek ni.. hehe.. baru beli jek ni. tak tahu nak pakai pegi mana..

Ni sandal gladiator.. tak ada brand jugak.. ni selalu pakai.. dah lunyai.. nak carik lagi la macam ni, selela sangat!

kasut converse saya.. tak pernah pakai.. beli awal tahun haritu.. tinggal kat uia jek ni.. sebab sayang :p

ni kasut futsal saya.. brand nike.. disebabkan saya jarang main, kasut ni dah diwakafkan pada hafeez.. ngeee.. Ganti balik! :p

Kasut tak ada brand juga.. haritu tertinggal kat luar bilik, pastu esok tengok2 dah hilang :(

ni brand nel.. beli tahun lepas.. pakai pegi dinner jek..

kasut murah jek.. tapi sangat tahan.. brand shopaholic.. beli kat times square..

tak pernah pakai juga.. baru jek beli 2 bulan lepas kot..

beli sekali dengan wedges atas tu.. selalu juga pakai.. selesa..:)

Ni kasut climb saya.. pakai dua tiga kali jek kot.. pastu simpan dah. hehe

Ni boot saye.. pakai sekali jek.. pastu simpan.hehe

dalam banyak2 kasut and sandal saya, crocs ni la yang saya akan pakai kemana saja.. love this crocs so damn much..

Ni jek la kot kasut-kasut saya yang still cantik and elok lagi.. Yang lain dah tak cantik, nak uplod dalam ni malu pula rasanya.. Tak ada lah banyak mana pun kan kasut saya. hehe.. saja-saja jek ni nak share.. bosan sangat cuti tak ada buat apa-apa..

So readers, thank you sebab sudi buang masa baca entry saya ni.. Love you guys so much! :)

Wednesday, August 17, 2011

Makan Lebih-Lebih

.: Assalamualaikum :.

Sekarang dah masuk 18 Ramadan dah.. Apa yang korang dapat dalam masa 17 hari berpuasa ni? Ada kawan-kawan saya cakap mereka dah gemuk, berisi, tembam.. Sebab apa ya??
Sebab makan banyak time berbuka la tu kan.. Haa... kawan-kawan semua, limitlah makan tu k.. Kawal lah nafsu makan tu.. Semalam saya ada terbaca artikel pasal mudarat makan banyak.. So, saya nak share lah ni..

Bulan Ramadan bukan hanya mendidik manusia untuk berlapar dan dahaga sahaja. Malah juga mendidik sikap kesederhanaan dalam hidup yang amat digalakkan di dalam Islam.

Menurut Imam al-Ghazali sifat kesederhanaan akan menjadikan kita akan berhati-hati dan menjaga dalam dua perkara yang dituntut, iaitu tidak terlibat dengan perkara yang haram dan syubhat, dan memelihara diri daripada berlebihan dalam perkara halal.

Bagi mencapai darjat takwa, antara anggota yang perlu dijaga ialah perut dengan tidak memakan makanan atau minuman secara berlebihan pada bulan puasa.

Imam al-Ghazali di dalam kitab Manhaj al-Abidin mengingatkan kita bahawa perut adalah anggota yang paling sukar dijaga sekalipun di kalangan ahli ibadat. Justeru, beliau telah menyenaraikan 10 kemudaratan berpunca daripada pengambilan makanan yang berlebihan;

1. Hati menjadi keras

Makan banyak bukan sahaja menjadikan hati semakin keras, malah cahaya akan pergi dan padam. Nabi Muhammad SAW bersabda mengumpamakan di dalam hadis baginda bahawa hati manusia akan mati dengan banyak makan dan minum sekalipun halal sebagaimana tanaman yang banyak disiram air.

2. Menimbulkan fitnah kepada anggota badan

Apabila perut kita kenyang yang berlebihan akan menambahkan kecerdasan kepada anggota badan yang lain. Anggota lain akan bergerak cergas melakukan perkara yang tidak bermanfaat dan mensia-siakan. Mata akan menjadi liar, telinga akan mendengar yang sia-sia, lidah akan banyak berkata-kata, seterusnya semua anggota kaki, tangan dan lain-lain akan bergerak cergas.

Sebaliknya, apabila perut lapar semua anggota lain akan tenteram, tenang dan tidak bernafsu untuk melakukan perkara yang haram dan sia-sia. Anggota menjadi lemah, tidak cergas disebabkan oleh tiadanya ransangan makanan.

3. Melemahkan fikiran

Orang yang banyak makan akan menjadikan fikirannya lemah, lembab dan tidak bertenaga. Apabila anggota lain menjadi lemah, secara tidak langsung fikiran dan minda menjadi lemah. Makanan yang berlebihan melemahkan ingatan, melambatkan hafalan dan memadamkan apa yang disimpan dalam ingatan, seterusnya menghilangkan kecerdikan. Abu Sulaiman Abdul Rahman Al-Darani mengatakan bahawa apabila kita menginginkan sesuatu, maka jangan kita makan sehingga apa yang kita ingini berhasil. Ini kerana dengan makan boleh mengubah fikiran kita.

4. Mengurangkan ibadat

Perut yang berlebihan kenyang akan menjadi badan semakin berat dan sukar untuk bergerak cergas. Mata akan menjadi mengantuk, kaki, tangan dan anggota lain menjadi lesu dan perlu kepada kerehatan. Akhirnya kita akan tertidur dengan nyenyaknya. Orang yang berada dalam kekenyangan seumpama ditimpa penyakit lumpuh.

5. Menghilangkan kemanisan beribadat

Makan yang berlebihan akan mengurangkan kemanisan beribadat. Sayidina Abu Bakar RA pernah mengatakan bahawa dirinya tidak pernah merasai kenyang semenjak beliau memeluk agama Islam agar dirinya mendapat kemanisan beribadat. Dirinya tidak pernah puas minum dengan harapan untuk bertemu Allah.

Sembahyang yang dilakukan dalam keadaan kekenyangan tidak mendatangkan khusyuk. Maka sebab itulah salah satu Allah mewajibkan ibadat berpuasa sebagai salah satu latihan fizikal agar kita mendapat kemanisan beribadat.

6. Terdedah kepada perkara syubhat dan haram

Makan yang berlebihan mudah terdedah dan terjerumus kepada syubhat dan haram. Menurut Imam al-Ghazali makanan yang halal itu hanya datang kepada kita sekadar untuk menjadi makanan. Pada hakikatnya harta yang syubhat dan haram itu banyak dan mudah diperoleh.

Bahkan kadang-kadang datang secara tiba-tiba tanpa bersusah payah, berusaha keras, tanpa penat dan lelah, tanpa masa yang lama dan tanpa diduga oleh kita. Namun harta yang halal dan bersih lagi suci itu sedikit dan sukar diperoleh.

7. Menyibukkan hati dan badan

Manusia sentiasa sibuk dan resah apabila memikirkan tentang makanan. Masa yang banyak dihabiskan untuk menumpukan kepada makan dan minum. Bermula memikirkan tentang apa yang ingin dimakan, kemudian difikirkan pula soal penyediaannya sehinggalah selesai.

Imam al-Ghazali menjelaskan begitu ramai manusia menghabiskan usia kerana makan, apatah lagi cara penyediaan makanan hari ini dengan pelbagai menu sehingga berjam-jam lamanya. Berbeza kalau dilihat pada bulan Ramadan, suasana pada siang harinya tenang.

8. Bebanan urusan akhirat

Pesanan daripada Rasulullah SAW bahawa seseorang yang menikmati kelazatan dunia yang berlebihan akan menerima banyak halangan, kesusahan dan kepayahan semasa sakarat al-maut dan di akhirat.
Kelazatan di akhirat akan berkurang mengikut kadar kelazatan yang dihabiskan di dunia. Sekiranya di dunia dihabiskan masa dengan kemewahan, kesenangan, keseronokan maka pastinya banyak sekatan, tapisan yang akan dihadapi untuk menuju ke syurga. Di akhirat nanti akan melambatkan urusan untuk ke syurga.

9. Kurangnya panjaran pahala di akhirat

Sesungguhnya kelazatan negeri akhirat akan berkurang berdasarkan apa yang kita ambil daripada kelazatan di dunia. Justeru, Allah akan memberi jaminan tidak sesekali akan mengurangkan kelazatan di akhirat.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Kamu telah habiskan nikmat-nikmat kesenangan kamu dalam kehidupan dunia kamu, dan kamu telah bersenang-senang menikmatinya; maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghina kerana kamu berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tidak berdasarkan alasan yang benar, dan kerana kamu sentiasa berlaku fasik.

10. Tertahan di Padang Mahsyar

Makan berlebihan akan tertahan di Padang Mahsyar kerana kiraan hisab amalan. Kita juga akan mendapat celaan dan cemuhan malu kerana tidak mementingkan soal adab. Ini kerana berlebihan itu sebenarnya adalah menurut hawa nafsu syahwat. Setiap amalan yang halal itu tidak akan terlepas daripada kiraan hisab Allah. Tempoh yang lama di padang Mahsyar akan melambatkan kita memasuki syurga Allah.

Bulan Ramadan mendidik umat Islam agar bersifat sederhana terutama dalam urusan makan semasa waktu berbuka. Elakkan daripada berbelanja dengan membeli makanan secara berlebihan agar kita tidak terjerumus kepada perkara yang haram iaitu pembaziran dan pemborosan yang menjadi amalan syaitan.

Amalan bersederhana ini akan menyelamatkan diri kita daripada 10 perkara yang merosakkan ibadat akibat daripada makan yang berlebihan, dan mengelakkan diri daripada ditimpa penyakit. Ini kerana punca segala penyakit fizikal juga adalah berpunca daripada amalan pemakanan yang salah.

So readers, control makan k.. Jangan makan banyak-banyak tahu.. Saya tak nak readers saya tak sihat.. Nanti siapa yang nak baca entry saya lagi? hehe.. Sayang korang semua.. Muahhxx :)

Sedapnya makanan.. Sila control nafsu ok!

Jangan jadi macam ni.. Susah nanti..

Kalau badan sihat, hati tenang, nak beribadat pun senang kan :)