Thursday, August 25, 2011

Shoes Obsession

Hye Hye Hye

Entry kali ni nak cerita pasal obses dengan kasut. Saya rasa bukan saya seoarang saja yang obses dengan kasut. Obses kasut ni bukan saja untuk perempuan, tapi lelaki pun sama.. Betul tak?

Saya memang suka beli kasut, bukan apa, sebab kasut tu comel, cantik. Saya tak pandang harga, janji kasut tu cantik dan selesa pakai even murah pun saya tetap akan beli. Tapi saya jarang pakai kasut, selalu ke mana hala pun saya tetap akan pakai crocs pink kegemaran saya tu. Hehe..

So, saya nak share lah gambar-gambar kasut yang saya ada.


Ni sports shoe saye.. brand nike. pakai sangat jarang. sebab sayang. nak bersukan saya akan pakai sport shoe yang dah tak lawo. hehe.. kasut duk saje kat uia.. tak bawak balik sebab takot akak pinjam. haha..

Kasut favorite.. Converse.. pakai dari tahun 2004.. lunyai dah kasut ni..

Pakai sekali jek.. tak ade brand pun. pastu tinggal jek kat uia.. duk berhabuk bawah katil tuh. hehe

kasut ni selalu jugak pakai. brand playez. sebab senang and sempoi jek.

kasut ni pakai pegi class time ada presentation jek :)

ni first wedges saya, sampai sekarang ada lagi. elok lagi sebab jarang pakai. beli tahun 2008 :p

ni beli kat uptown danau kota jek.. pakai pegi class kadang2..

ni brand murah jek.. vamp.. pakai pun time ada occasion jek.. hehe

kasut ni tak pernah pakai langsung. Mak ngah belikan kat UK :p

sayang giler kasut ni. Angah belikan pure leather ni, pakai time nak pegi court jek. Dari matric nih..

tak pernah pakai jugak yang ni.. brand mod.. murah jek ni.. hehe.. baru beli jek ni. tak tahu nak pakai pegi mana..

Ni sandal gladiator.. tak ada brand jugak.. ni selalu pakai.. dah lunyai.. nak carik lagi la macam ni, selela sangat!

kasut converse saya.. tak pernah pakai.. beli awal tahun haritu.. tinggal kat uia jek ni.. sebab sayang :p

ni kasut futsal saya.. brand nike.. disebabkan saya jarang main, kasut ni dah diwakafkan pada hafeez.. ngeee.. Ganti balik! :p

Kasut tak ada brand juga.. haritu tertinggal kat luar bilik, pastu esok tengok2 dah hilang :(

ni brand nel.. beli tahun lepas.. pakai pegi dinner jek..

kasut murah jek.. tapi sangat tahan.. brand shopaholic.. beli kat times square..

tak pernah pakai juga.. baru jek beli 2 bulan lepas kot..

beli sekali dengan wedges atas tu.. selalu juga pakai.. selesa..:)

Ni kasut climb saya.. pakai dua tiga kali jek kot.. pastu simpan dah. hehe

Ni boot saye.. pakai sekali jek.. pastu simpan.hehe

dalam banyak2 kasut and sandal saya, crocs ni la yang saya akan pakai kemana saja.. love this crocs so damn much..

Ni jek la kot kasut-kasut saya yang still cantik and elok lagi.. Yang lain dah tak cantik, nak uplod dalam ni malu pula rasanya.. Tak ada lah banyak mana pun kan kasut saya. hehe.. saja-saja jek ni nak share.. bosan sangat cuti tak ada buat apa-apa..

So readers, thank you sebab sudi buang masa baca entry saya ni.. Love you guys so much! :)

Wednesday, August 17, 2011

Makan Lebih-Lebih

.: Assalamualaikum :.

Sekarang dah masuk 18 Ramadan dah.. Apa yang korang dapat dalam masa 17 hari berpuasa ni? Ada kawan-kawan saya cakap mereka dah gemuk, berisi, tembam.. Sebab apa ya??
Sebab makan banyak time berbuka la tu kan.. Haa... kawan-kawan semua, limitlah makan tu k.. Kawal lah nafsu makan tu.. Semalam saya ada terbaca artikel pasal mudarat makan banyak.. So, saya nak share lah ni..

Bulan Ramadan bukan hanya mendidik manusia untuk berlapar dan dahaga sahaja. Malah juga mendidik sikap kesederhanaan dalam hidup yang amat digalakkan di dalam Islam.

Menurut Imam al-Ghazali sifat kesederhanaan akan menjadikan kita akan berhati-hati dan menjaga dalam dua perkara yang dituntut, iaitu tidak terlibat dengan perkara yang haram dan syubhat, dan memelihara diri daripada berlebihan dalam perkara halal.

Bagi mencapai darjat takwa, antara anggota yang perlu dijaga ialah perut dengan tidak memakan makanan atau minuman secara berlebihan pada bulan puasa.

Imam al-Ghazali di dalam kitab Manhaj al-Abidin mengingatkan kita bahawa perut adalah anggota yang paling sukar dijaga sekalipun di kalangan ahli ibadat. Justeru, beliau telah menyenaraikan 10 kemudaratan berpunca daripada pengambilan makanan yang berlebihan;

1. Hati menjadi keras

Makan banyak bukan sahaja menjadikan hati semakin keras, malah cahaya akan pergi dan padam. Nabi Muhammad SAW bersabda mengumpamakan di dalam hadis baginda bahawa hati manusia akan mati dengan banyak makan dan minum sekalipun halal sebagaimana tanaman yang banyak disiram air.

2. Menimbulkan fitnah kepada anggota badan

Apabila perut kita kenyang yang berlebihan akan menambahkan kecerdasan kepada anggota badan yang lain. Anggota lain akan bergerak cergas melakukan perkara yang tidak bermanfaat dan mensia-siakan. Mata akan menjadi liar, telinga akan mendengar yang sia-sia, lidah akan banyak berkata-kata, seterusnya semua anggota kaki, tangan dan lain-lain akan bergerak cergas.

Sebaliknya, apabila perut lapar semua anggota lain akan tenteram, tenang dan tidak bernafsu untuk melakukan perkara yang haram dan sia-sia. Anggota menjadi lemah, tidak cergas disebabkan oleh tiadanya ransangan makanan.

3. Melemahkan fikiran

Orang yang banyak makan akan menjadikan fikirannya lemah, lembab dan tidak bertenaga. Apabila anggota lain menjadi lemah, secara tidak langsung fikiran dan minda menjadi lemah. Makanan yang berlebihan melemahkan ingatan, melambatkan hafalan dan memadamkan apa yang disimpan dalam ingatan, seterusnya menghilangkan kecerdikan. Abu Sulaiman Abdul Rahman Al-Darani mengatakan bahawa apabila kita menginginkan sesuatu, maka jangan kita makan sehingga apa yang kita ingini berhasil. Ini kerana dengan makan boleh mengubah fikiran kita.

4. Mengurangkan ibadat

Perut yang berlebihan kenyang akan menjadi badan semakin berat dan sukar untuk bergerak cergas. Mata akan menjadi mengantuk, kaki, tangan dan anggota lain menjadi lesu dan perlu kepada kerehatan. Akhirnya kita akan tertidur dengan nyenyaknya. Orang yang berada dalam kekenyangan seumpama ditimpa penyakit lumpuh.

5. Menghilangkan kemanisan beribadat

Makan yang berlebihan akan mengurangkan kemanisan beribadat. Sayidina Abu Bakar RA pernah mengatakan bahawa dirinya tidak pernah merasai kenyang semenjak beliau memeluk agama Islam agar dirinya mendapat kemanisan beribadat. Dirinya tidak pernah puas minum dengan harapan untuk bertemu Allah.

Sembahyang yang dilakukan dalam keadaan kekenyangan tidak mendatangkan khusyuk. Maka sebab itulah salah satu Allah mewajibkan ibadat berpuasa sebagai salah satu latihan fizikal agar kita mendapat kemanisan beribadat.

6. Terdedah kepada perkara syubhat dan haram

Makan yang berlebihan mudah terdedah dan terjerumus kepada syubhat dan haram. Menurut Imam al-Ghazali makanan yang halal itu hanya datang kepada kita sekadar untuk menjadi makanan. Pada hakikatnya harta yang syubhat dan haram itu banyak dan mudah diperoleh.

Bahkan kadang-kadang datang secara tiba-tiba tanpa bersusah payah, berusaha keras, tanpa penat dan lelah, tanpa masa yang lama dan tanpa diduga oleh kita. Namun harta yang halal dan bersih lagi suci itu sedikit dan sukar diperoleh.

7. Menyibukkan hati dan badan

Manusia sentiasa sibuk dan resah apabila memikirkan tentang makanan. Masa yang banyak dihabiskan untuk menumpukan kepada makan dan minum. Bermula memikirkan tentang apa yang ingin dimakan, kemudian difikirkan pula soal penyediaannya sehinggalah selesai.

Imam al-Ghazali menjelaskan begitu ramai manusia menghabiskan usia kerana makan, apatah lagi cara penyediaan makanan hari ini dengan pelbagai menu sehingga berjam-jam lamanya. Berbeza kalau dilihat pada bulan Ramadan, suasana pada siang harinya tenang.

8. Bebanan urusan akhirat

Pesanan daripada Rasulullah SAW bahawa seseorang yang menikmati kelazatan dunia yang berlebihan akan menerima banyak halangan, kesusahan dan kepayahan semasa sakarat al-maut dan di akhirat.
Kelazatan di akhirat akan berkurang mengikut kadar kelazatan yang dihabiskan di dunia. Sekiranya di dunia dihabiskan masa dengan kemewahan, kesenangan, keseronokan maka pastinya banyak sekatan, tapisan yang akan dihadapi untuk menuju ke syurga. Di akhirat nanti akan melambatkan urusan untuk ke syurga.

9. Kurangnya panjaran pahala di akhirat

Sesungguhnya kelazatan negeri akhirat akan berkurang berdasarkan apa yang kita ambil daripada kelazatan di dunia. Justeru, Allah akan memberi jaminan tidak sesekali akan mengurangkan kelazatan di akhirat.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Kamu telah habiskan nikmat-nikmat kesenangan kamu dalam kehidupan dunia kamu, dan kamu telah bersenang-senang menikmatinya; maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghina kerana kamu berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tidak berdasarkan alasan yang benar, dan kerana kamu sentiasa berlaku fasik.

10. Tertahan di Padang Mahsyar

Makan berlebihan akan tertahan di Padang Mahsyar kerana kiraan hisab amalan. Kita juga akan mendapat celaan dan cemuhan malu kerana tidak mementingkan soal adab. Ini kerana berlebihan itu sebenarnya adalah menurut hawa nafsu syahwat. Setiap amalan yang halal itu tidak akan terlepas daripada kiraan hisab Allah. Tempoh yang lama di padang Mahsyar akan melambatkan kita memasuki syurga Allah.

Bulan Ramadan mendidik umat Islam agar bersifat sederhana terutama dalam urusan makan semasa waktu berbuka. Elakkan daripada berbelanja dengan membeli makanan secara berlebihan agar kita tidak terjerumus kepada perkara yang haram iaitu pembaziran dan pemborosan yang menjadi amalan syaitan.

Amalan bersederhana ini akan menyelamatkan diri kita daripada 10 perkara yang merosakkan ibadat akibat daripada makan yang berlebihan, dan mengelakkan diri daripada ditimpa penyakit. Ini kerana punca segala penyakit fizikal juga adalah berpunca daripada amalan pemakanan yang salah.

So readers, control makan k.. Jangan makan banyak-banyak tahu.. Saya tak nak readers saya tak sihat.. Nanti siapa yang nak baca entry saya lagi? hehe.. Sayang korang semua.. Muahhxx :)

Sedapnya makanan.. Sila control nafsu ok!

Jangan jadi macam ni.. Susah nanti..

Kalau badan sihat, hati tenang, nak beribadat pun senang kan :)

Friday, August 12, 2011

Motif Untuk Emo

Hye hye hye..

Korang tahu kan apa tu emo ? Emo ni bila mana kita rasa nak marah atau sedih atau geram.. Bagi saya, emo lebih kepada marah, tak suka dan rasa mahu merajuk. Hehe.. Gedik kan.. Saya rasa sayalah manusia yang susah nak marah atau terasa. Tapi ada stu ayat yang beul-betul saya tak suka dan akan membuat saya emo. So, kali ni saya nak share apa ayat-ayat orang yg bila saya dengar atau baca, akan membuatkan saya jadi emo:
"Macam ni lah Zyha"
" Macam ni lah member"
"Biasalah member dah lupa member".
Ok, kenapa saya emo dengan ayat-ayat ni? Sebab, ni menunjukkan yang saya terlalu sibuk sampai mengabaikan kawan saya sendiri, yang padahal, saya tak baik dengan dia pun. Selalunya, kawan-kawan lama yang akan cakap macam ni.. Kenapa perlu cakap macam ni ya? Sebab saya tak contact korang? Hello!! korang tak contact saya, ada saya bising ke? Korang pon ada life masing-masing kan. So, bila korang pun jarang contact saya, what do you expect from me? 24/7 mengahdap korang, message korang, gayut dengan korang?? Saya rasa, saya tak pernah terputus hubungan dengan korang. Sesekali saya teringat, saya akan message dengan ayat-ayat cute. Pastu mula lah saya dapat reply dengan ayat-ayat di atas tu. So konklusinye, memang saya tak akan lah contact korang lagi. Tapi hati perempuan kan. Keras mana lah sangat. Saya still message korang bila dah lama. Korang pulak nak emo dengan saya dengan tak balas. Ataupun, dah tukar number tak bagitahu. Haish.. Ragam manusia kan. Walau teruk mana pun kawan-kawan saya buat saya, saya tak pernah benci mereka. Sebab, saya rasa kawan-kawan lah memahami saya dan faham jiwa saya.

So readers, tolong jangan cakap ayat-ayat kat atas tu pada saya ok.. Saya akan emo automatically. Hehe.. Tak baik tau buat orang emo. Tuham marah. Ngee~~

Terima sebab sudi bace entry yang tah apa-apa ni. Tq!


Monday, August 8, 2011

.:Sarang Semut si Gadis:.

.:Assalamualaikum:.

Korang pernah tak dengar atau makan kuih raya yang diberi nama sarang semut?? Bagik yang duduk atau berasal dari kampung, anda semestinya tahu apa yang saya maksudkan ni.. Bagi yang duduk di bandar atau yang baru nak berjinak-jinak dengan arena kuih raya ni mungkin tak tahu..

Dulu masa kecil saya tertanya-tanya macam mana nak buat kuih ni.. Macam mana sarang semut boleh jadi kuih? Adakah dibuat dari sarang semut tu? Kalau betol, kenapa tak ada semut? Kenapa ada chocolate rice atas sarang semut? Macam-macam saya fikir.. Bila saya dah semakin membesar, barulah saya faham macam mana proses kuih sarang semut tu.. hehe.. :p

Disebabkan saya terlalu gilakan kuih ni, mama saya setiap tahun kena beli kuih ni untuk saya. Last-last mak saya cuba juga untuk cari resepi kuih ni yang sedap dan enak. Mama google lah resepi kuih ni, bila dah buat dan dah bakar, hasilnya sangat mengecewakan. Kuih tak jadi. Resepi tu salah. Lepas tu kakak saya cuba minta resepi dari kawannya, kata kawannya, ibu kawannya itu jual kuih sarang semut tu di Johor Bahru. Katanya sedap sangat. Mama, along dan uda cubalah buat kuih tu. Finally!!!!! Kuih sarang semut kegemaran saya menjadi..

Ramai yang datang rumah saya dan rasa kuih tu dan cakap kuih sarang semut tu sedap. So, tahun ni, along dan uda buat business kuih raya. Yeay! Nama company mereka adalah GADIS DELIGHTS..

Proses kuih ni tak ada lah rumit sangat.. Mula-mula selepas tepung diadun, tepung dibukukan dan direhatkan macam ni.

Lepas dah rehat, tepung disagat untuk dapatkan texture sarang semut tu.


lepas tu get ready lah cup-cup untuk letak adunan tu.

Lepas tu guna sudu masukkan dalam cup..

Bila dah siap semua, bakar lah.. Then siap untuk makan :)


Hehe.. Sekarang dah siap untuk dimasukkan dalam balang..

Dah siap! Lepas ni time for delivery!! (gambar ni diambil before dipenuhkan)

So far, Gadis Delights dah dapat 80 botol tempahan kuih sarang semut ni.. Sebotol RM20 ada 50biji.. Murah jek.. Jom lah order ramai-ramai.. Saya gerenti korang tak akan menyesal kalau beli.. Oh ya, kek prune kukus pun ada juga. Kek prune kukus saiz diameter 10inch RM60..

So kalau korang rasa tak nak menyesal sebab tak sempat nak order, better lah korang order sekarang sementara Gadis Delight terima lagi tempahan kuih dan kek. Yummy!! TQs.. Love you all!! :)

Sunday, August 7, 2011

Mahasiswa Bersatu? Apa tu?

Hye Hye Hye~~
Selamat menyambut Ramadhan Kareem dan selamat berpuasa semua..

Kali ni kita puasa sebulan di rumah yang tercinta kan? (bagi pelajar-plajar IPT)
So, untuk UIA students, rasanya dah hampir empat bulan kita cuti kan?
So, apa yang korang buat untuk mengisi hari-hari korang yek?
If you ask me, I will answer, saya penuhkan hari-hari saya dengan aktiviti bersama Mahasiswa Bersatu (MB).. Frankly speaking, kalau you all join MB, memang you all sama sekali tak akan bosan dan blur-blur dengan apa yang korang nak buat. MB tu apa?
"Sekilas pandang, MB adalah penggerak mahasiswa yang tujuan utamanya adalah untuk memperkasakan pelajar dari segi pengetahuan, kemahiran serta kesedaran dengan keadaan di sekeliling mereka.
Kejayaan tidak boleh dicapai oleh kepintaran sahaja, tetapi dengan rangkaian sosial yang kukuh dan platform di mana pelajar boleh meningkatkan kemahiran. MB mendedikasikan diri dalam usaha untuk menyediakan platform dan saluran untuk mengembangkan pelajar rangkaian sosial.
Gerakan MB adalah didedikasikan kepada semua penuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia terutamanya ke arah pelajar yang terbuka untuk berkawan dengan semua orang di sekeliling mereka dalam universiti tanpa melihat di Peringkat Pengajian, Kursus atau Kuliyyah."
Kali ni saya nak share apa aktiviti yang saya dah buat sepanjang empat bulan ni bersama Mahasiswa Bersatu.

Saya mula join MB masa bulan Mei.. First aktiviti yang saya join bersama MB adalah menjadi Krew Sekretariat Hari Belia Negara 2011. Masa program ni, saya kenal dengan ramai kawan-kawan baru yang sebelum ni saya tak tahu kewujudan mereka di UIA tu. Antara kerja-kerja yang saya perlu buat adalah, menjaga crowd yang ramai supaya tenang (ala-ala FRU gitu). Kerja ni tak berat. Tapi penat, penat menunggu. Makan yang diberikan sangat sedap, dan kami dibekalkan dengan air kotak yang berdozen-dozen untuk dibawa pulang.

Group 4..

Time rest.. Kami bermain block.. Time ni saya baru kenal Farid dan Wady.

Lepas Hari Belia, saya join mereka menonton wayang beramai-ramai.. Macam nak pecah KLCC time tu. :P

Ni Aisyah and Syazwan.. :)

Ramai kan :P

Lepas wayang, kami dapat invitation dari Kementerian Belia dan Sukan untuk jamuan makan malam untuk sukarelawan Hari Belia Negara. :)


Kami dengan YB Dato' Shabery Cheek

Satu Malaysia!

Lepas appreciation dinner, saya involve dengan program Bina Negara Bangsa pulak.. Program ni the best among the best.. the best ever la.. Saya kenal ramai kawan dari universiti lain seluruh Malaysia..

Ni group Ferd..

Time explorace.. :)

Kami Legasi PEMBINA siri 1!

Ni group saya.. Group Hati Malaya..

Disebabkan PEMBINA ni sangat best dan saya sangat seronok join program ni, saya join sekali lagi program ni for the second time :)

Time explorace~

Ni group saya.. Torchbearers.. :)

Inter-scholl Debating Cahampionship menyusul!! Saya jadi committee in charge sekolah MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan. Saya juga kena jaga sidang,, memang betol-betol pengalaman baru untuk saya..

Saja gedik-gedik :P

Ni Anwar and Andi.. Gambar graf :)

Ni malam dinner untuk menyambut budak-budak sekolah.. Saya jadik food presenter :P

Saya dengan students dari sekolah SAS~

Kami judges :)

Saya dengan kanak-kanak hot dari SDAR

Ni masa Le Tour De IIUM.. Sekolah MRSM Pengkalan Chepa, SAS, SBPI Gombak..

Committee2 IDC :)

Lepas tu jadik volunteer futsal pula :P

Ni lepas program..

Jejaka-jejaka tampan..

Hot stuffs :P

Postmortem..

Lepas program ni suma.. Kami buat aktiviti sendiri pula bersama ahli-ahli MB..

Dinner di Iceroom dengan komiti futsal :)

Makan-makan di Ikea dengan komiti futsal..

Berbowling dengan komiti IDC..

Iftar with Legasi PEMBINA.. Best!!

So, korang-korang yang bosan sangat dengan hidup korang sebab tak ada pengisian yang seronok dan bermanfaat, marilah ramai-ramai kita join Mahasiswa Bersatu.. Follow la Mb!! Ni FB MB.. Ni twitter MB.. Ni official web site MB :) Silalah follow untuk update tentang aktiviti-aktiviti menarik sepanjang tahun.. Banyak lagi aktiviti-aktiviti yang disediakan.. Tapi saya hanya mampu mengikuti yang ni saja.. TQ MB sebab dah mewarnai kehidupan saya yang suram sebelum ni.. Love MB!!