Sunday, June 17, 2012

The Most Romantic Day Ever!!

Hye guys!!

Dua hari dah tak update blog ni kan.. Harini saya nak cerita mengenai hari yang paling romantik dan seronok untuk saya. 16 June 2012 akan saya ingat sampai bila-bila.. Mesti korang semua tertanya-tanya apa yang berlaku pada tarikh ini kan? Korang pernah dengar tak restoran nama 'Garden Lifestyle Store and Cafe' di Midvalley? For one, it was my first time tahu kewujudan tempat tu dan makan di situ. Thank you to my beloved abang sebab bawa saya makan di situ. Ya, it sounds like am such a kampung girl and 'jakun ' sebab tak pernah dengar and makan di situ kan. But for me, saya memang jujur if saya tak tahu and tak pernah tahu tentang kewujudan sesuatu benda tu. In a simple word, saya memang seorang yang 'JAKUN'. Hehe..

Ok.. Jom saya story mory sikit pasal restoran yang sangat romantisssss tu.. Masa mula-mula sampai, saya agak terkesima juga lah kan, sebab tak pernah jumpa tempat makan yang cantik macam tu. Than bila sampai saja dalam kedai tu, ada satu perasaan baru yang timbul. Saya pun tak tahu macam mana nak describe feeling tu. It's like, happy + excited + romantic + terharu = happy yang tak terkata!! Seriously serious for me tempat tu sangat romantik dan menenangkan.. Jom kita tengok gambar-gambar restoran tu..


 Ni view dari tepi.. Dalam sangkar burung tu ada piano.. Sambil kami makan, kami didendangkan dengan alunan musik dari piano tersebut.. Ada pianist yang mainkan.. Best :)



 Ni betol-betol view dari meja kami.. Atas tu mungkin lagi romantik kot kalau dapat makan kat situ .. Hehe..



 Ni pintu masuk restoran tersebut..



Haa... Ni sangkar piano tu..



 Hiasan meja.. comel jek kan..



 Ni kawasan dalam kedai tu..



 Ni la abang kesayangan saya!! I'm taken by him :)



 Muke lapar tunggu makanan :p



 I'm hungry!!! Harga makanan kat sini tak terlalu murah and tak terlalau mahal..



"Sila snap picture cepat-cepat.. Kebuloq tahap maxima dah ni!" :p


So, what say you? Biasa? Romantic? Tak best? Terpulang lah you guys nak komen apa pun, yang penting saya sangat happy dan gembira dapat makan kat sini.. Saya suggest tempat ni kalau korang nak pergi makan-makan yang bersuasanakan romantik dengan pasangan korang.. Thank you laling sebab bawa saya ke sini.. Love you!! Hehe.. Tq guys sebab sudi membaca :)

Friday, June 15, 2012

Hawa Yang Hanya Inginkan Adam


Aku tidak inginkan lelaki sesempurna Muhammad kerana aku tidak semulia Khadijah
Aku tidak inginkan lelaki seteguh Ibrahim kerana aku tidak setaqwa Aisyah
Aku tidak inginkan lelaki secekal Ayyub kerana aku tidak setabah Fatimah
Aku tidak inginkan lelaki setampan Yusuf kerana aku tidak setulus Zulaikha
Aku tidak inginkan lelaki sehebat Sulaiman kerana aku tidak secantik Balqis
Aku hanya inginkan lelaki seperti Adam kerana aku yakin aku mampu untuk menjadi wanita seperti Hawa 


Thursday, June 14, 2012

10 Tempat Idaman..

Hye!

I bet that semua orang dalam dunia ini ada impian untuk pergi atau melawat ke tempat-tempat idaman mereka kan?

Haa.. Kali ini, saya pula yang nak share tempat-tempat impian atau idaman saya yang saya teringin sekali nak pergi..

10. Colosseum, Rome..


Dulu tempat ni menjadi tempat pertama saya nak melawat, sekarang dah jatuh ke nombor 10 sebab encik kesayangan saya cakap, tak ada apa-apa yang menarik pun di Rome melainkan lukisan, lukisan, lukisan dan lukisan, so saya pun berubah fikiran.. Thank you abang!

9. Machu Picchu, Peru..



Don't ask why saya nak pergi sini. Saya memang suka tempat-tempat yang pelik :p

8. Rio De Janeiro, Brazil..


Hmm.. Apa ada di sini ya? Saya pun tak pasti. Saya tertarik nak pergi ke sini selepas saya tengak cerita cartoon Rio.. Macam menarik jek tempat-tempat dan orang-orang dalam cartoon tu..

7. Meteora Kalampaka Thessaly, Greece..


Semua mesti tertanya-tanyakan apa yang ada di atas tu dan siapa yang pandai sangat buat rumah atas tu? berdasarkan apa yang saya baca, di sini terdapat sekumpulan sami yang dah menetap di sini since 970 AD. Menarik kan..

6.  Grand Canyon, Arizona, USA.



Korang able nak berjalan kat skywalk tu? kalau able, jom pegi sama-sama :)

5. St. Petersburg, Russia..



Cantik sangat kan? Nak menangis tengok.. 

4.  Hamilton Pool Preserve, Austin, Texas.



Sangat menenangkan dan relax.. Nangis lagi!

3. Lake Moraine, Canadian Rockies..



Superb!

2. Maldives, Indian Ocean..





So heaven kalau dapat pergi sini!!! Honeymoon, enjoy, relax, lepak tanpa fikir sebarang masalah..

1. Venice, Italy!!!








Kota atas air yang sangat romantis!! Seriously serious, kalau dapat pergi sini, memang akan melompat-lompat macam kambing la kot.. Sangat suka, idam dan berharap dapat pergi sini one day..

Haa.. itu lah 10 tempat yang saya teringin nak pergi.. Kalau dapat pergi yang nombor satu atas ni, memang tak fikir apa dah, ambil luggage besar, sumbat encik abang, ct, baju than zasssss pergi honeymoon.. Wee~~
That's all folks.. Tq :)

Wednesday, June 13, 2012

Mimpi Tidak Akan Menjadi Realiti


Jika dunia
Aku yang punya 
Akan kuhiaskan 
Sepasang sayap putih dan berseri..

Untukku kemudi
Sepanjang masa 
Tanpa kecewa 
Bertemankan bintang yang setia..

Bagaikan puteri 
Kisah khayalan 
Yang hidupnya suci dan sempurna..

Tapi sayang 
Hanyalah impian 
Bulan tak bisa tumbuh ditaman 
Dan
Bila mentari datang 
Pulanglah segala kenyataan..



Perempuan vs. Wanita

Perempuan yang perasan cantik akan menggedik dengan lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan suka membuka auratnya,
Perempuan yang perasan cantik akan mula make up tebal-tebal,
Perempuan yang perasan cantik akan tunjuk semua gambarnya pada lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan merasakan dirinya paling 'cute',
Perempuan yang perasan cantik akan rasa diri dia paling ramai peminat,

Sedangkan HAKIKAT KECANTIKAN wanita ialah:

♥ Muslimah yang cantik tidak akan menggedik dengan lelaki, ♥
♥ Muslimah yang cantik tidak akan membuka auratnya, ♥
♥ Muslimah yang cantik tidak perlu make up tebal-tebal, ♥
♥ Muslimah yang cantik tidak akan tunjuk wajahnya pada lelaki bukan mahram, ♥
♥ Muslimah yang cantik akan sentiasa rasa dirinya biasa-biasa saja, ♥
♥ Muslimah yang cantik akan merasa terhina apabila dirinya dikelilingi 'kumbang', ♥


Tuesday, June 12, 2012

Aku memilih....


Aku tidak memilih cinta yang penuh dengan airmata,
tetapi aku memilih cinta yang sederhana dan apa ada nya...

Aku tidak memilih lelaki yang banyak dipuja wanita,
namun aku  memilih si dia yg dekat dengan tuhan-Nya..

Aku tidak memilih lelaki yang pandai merangkai kalimat indah,
tetapi aku memilih lelaki yang selalu menyelitkan namaku dalam doa-doa kudusnya..

Tuhan,
bantulah hambamu untuk mempertahankan Taqwa...
Untuk menjaga hatiku,
labuhkanlah pada Lelaki yang sangat mencintai-Mu.



Monday, June 11, 2012

Risik Merisik Kerisik :p

.: Assalamualaikum Semua :.

First of all, saya nak cakap yang saya dah habis belajar!!! Yeay!! Doakan supaya result final exam saya haritu ok semuanya.. This is the beginning of my life.. Fuhh.. Sangat jauh lagi perjalanan hidup saya.. After this nak kerja, kumpul asset selagi boleh, balas jasa parents n family saya, buat semua orang happy, and mestilah nak kahwin....... Hehe.. Sebut pasal kahwin kan, ni saya nak cerita pasal merisik..

Minggu lepas, kakak saya yang sulong sudah dirisik oleh seorang jejaka yang tampan lagi bergaya.. Errrr... Encik bakal husband along, sile belanja topup sebab saya dah bagi credit kat awak ni :p..

Majlisnya simple jek.. Rombongan pihak lelaki hanya diwakili oleh 10 orang dan pihak perempuan pula hanya ahli keluarga terdekat yang dijemput. Kalau nak jemput semua, habis meletop lah rumah saya yang comel ni.. Pihak lelaki membawa 4 dulang hadiah (bukan hantaran tau, sebab ni bukan bertunang), dan dibalas pula dengan 3 dulang dari pihak kami.

Ni antara gambar-gambar yang sempat saya snap masa majlis tu.. Cekidoutt...

 Ni time tetamu baru sampai..

 Ni la bakal suami kakak saya :)

 Ni hadiah dari pihak lelaki..

 Along nervous.. :p

Tak teragak-agak tu.. Dapat cincin teros usha..

Hopefully, majlis pernikahan nanti berjalan seperti yang dirancang.. Saya doakan semoga mereka berdua ni berkekalan dan berbahagia hingga ke anak cucu.. Ameen.. :)